BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 30 January 2012

HURUF - HURUF IDGHAM

SYARAT IDGHAM

Idgham Hendaklah Terdiri Daripada Dua Kalimah :
  1. Nun Sakinah Atau Tanwin Di Akhir Kalimah
  2. Huruf Idgham Pada Awal Kalimah Yang Kedua

PENGERTIAN IDGHAM

BAHASA : Memasukkan atau mencampurkan

ISTILAH : Memasukkan huruf nun sakinah atau tanwin dengan huruf idgham seolah-olah menjadikan huruf yang kedua itu bertashdid.

AKTIVITI 1 - KELUARKAN HUKUM IZHAR HALQI BERPANDUKAN POTONGAN AYAT DI BAWAH :

9:1099:110

MISAL IZHAR HALQI BAGI HURUF ه DAN ء

MISAL IZHAR HALQI BAGI HURUF ع DAN غ

MISAL IZHAR HALQI BAGI HURUF ح DAN خ


CARA BACAAN IZHAR HALQI

Wajib dibaca dengan jelas dan terang bunyi nun mati atau tanwin tanpa dengung.

HURUF-HURUF IZHAR HALQI

PENGERTIAN IZHAR HALQI

BAHAGIAN HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN

Monday 23 January 2012

PENGERTIAN DAN BAHAGIAN NUN SAKINAH DAN TANWIN

NUN SAKINAH : Nun mati yang tidak berbaris

TANWIN : Baris 2 di atas ( ً  ), baris 2 di bawah ( ٍ  ), baris 2 di hadapan ( ٌ  )

DALIL BERAMAL DENGAN HUKUM TAJWID

Dalil yang mewajibkan beramal dengan hukum tajwid ini ada terdapat dalam Al-Quran, al-Hadith dan ijmak para ulama’.

a)      Dalil daripada Al-Quran.

                                I.            Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muzzammil ayat 4 :


وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتيلاً

Yang bermaksud : Dan bacalah Al-Quran dengan tartil

Saidina Ali Abi Talib r.a., ketika ditanya mengenai makna tartil, beliau menjawab : mentajwidkan huruf dan mengetahui waqaf.


                              II.            Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 121 :


الَّذِينَ ءَاتَيْنَهُمُ الْكِتَب يَتْلُونَهُ٫حَقَّ تِلّاوَتِهِ

Yang bermaksud :
Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarbelitkan meksudnya).


b)      Dalil daripada al-Hadith.

                                I.            Sabda Rasulullah s.a.w. :


عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّه عَنْهُ قال، قال رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وسلم : إِنَّ اللَّهَ تعالى يُحِبُّ أّنْ يُقْرَأَ القرءانُ غَضًّا كَمَا أُنْزِلَ


Yang bermaksud :
Daripada Zaid bin Thabit r.a. telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai hambanya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan.
                                                                                                                   ( Hadis riwayat Ibn Khuzaimah).

HUKUM TAJWID


  1.                    Mempelajari nama-nama hukumnya adalah wajib fardhu kifayah.
  2.                         Mengamalkan cara-cara bacaannya adalah wajib fardhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.

Para ulama’ yang terdahulu (salaf) menghukumkan semua cara bacaan yang berkaitan dengan ilmu tajwid adalah merupakan Wajib Syar’ie.
Tetapi para ulama’ yang terkemudian (khalaf) pula membahagikan wajib itu kepada 2, iaitu Wajib Syar’ie dan Wajib Sina’ie.
1)      Wajib Syar’ie – Suatu perkara yang diberikan balasan pahala kepada sesiapa yang mengamalkan dan sebaliknya diberikan balasan dosa kepada sesiapa yang meninggalkannya.
2)      Wajib Sina’ie – Sesuatu perkara yang sangat baik sekiranya diamalkan (diberikan balasan pahala), dan sangat buruk sekiranya ditinggalkan (tetapi tidak sampai tahap berdosa).


*Hukum-hukum yang termasuk di dalam bahagian ini ialah seperti mendatangkan dengung pada setiap hukum dengung, mengizharkan hukum yang izhar, menebalkan huruf yang tebal, tidak mengurangkan kadar mad dan sebagainya.


                Tajwid wajib bagi sesiapa yang hendak membaca sesuatu ayat dari kitab Al-Quran. Berpahala orang yang membacanya dan berdosa jika meninggalkannya kerana penurunan Al-Quransejajar dengan penurunan tajwid. Sesebuah negeri atau daerah akan berdosa jika tidak ada orang yang mempelajari ilmu tajwid. Ini sesuai dengan hadis Nabi s.a.w. yang berbunyi :



إِنَّ اللَّه يُحِبُّ أَنْ يُقْرَأُ القرانُ كَمَا أَنْزِلَ

Yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah suka hamba-Nya membaca Al-Quran sebagaimana ia diturunkan”.