- Mempelajari nama-nama hukumnya adalah wajib fardhu kifayah.
- Mengamalkan cara-cara bacaannya adalah wajib fardhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.
Para ulama’ yang terdahulu (salaf) menghukumkan semua cara bacaan yang berkaitan dengan ilmu tajwid adalah merupakan Wajib Syar’ie.
Tetapi para ulama’ yang terkemudian (khalaf) pula membahagikan wajib itu kepada 2, iaitu Wajib Syar’ie dan Wajib Sina’ie.
1) Wajib Syar’ie – Suatu perkara yang diberikan balasan pahala kepada sesiapa yang mengamalkan dan sebaliknya diberikan balasan dosa kepada sesiapa yang meninggalkannya.
2) Wajib Sina’ie – Sesuatu perkara yang sangat baik sekiranya diamalkan (diberikan balasan pahala), dan sangat buruk sekiranya ditinggalkan (tetapi tidak sampai tahap berdosa).
*Hukum-hukum yang termasuk di dalam bahagian ini ialah seperti mendatangkan dengung pada setiap hukum dengung, mengizharkan hukum yang izhar, menebalkan huruf yang tebal, tidak mengurangkan kadar mad dan sebagainya.
Tajwid wajib bagi sesiapa yang hendak membaca sesuatu ayat dari kitab Al-Quran. Berpahala orang yang membacanya dan berdosa jika meninggalkannya kerana penurunan Al-Quransejajar dengan penurunan tajwid. Sesebuah negeri atau daerah akan berdosa jika tidak ada orang yang mempelajari ilmu tajwid. Ini sesuai dengan hadis Nabi s.a.w. yang berbunyi :
إِنَّ اللَّه يُحِبُّ أَنْ يُقْرَأُ القرانُ كَمَا أَنْزِلَ
Yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah suka hamba-Nya membaca Al-Quran sebagaimana ia diturunkan”.
0 comments:
Post a Comment