Dalil yang mewajibkan beramal dengan hukum tajwid ini ada terdapat dalam Al-Quran, al-Hadith dan ijmak para ulama’.
a) Dalil daripada Al-Quran.
I. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muzzammil ayat 4 :
وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتيلاً
Yang bermaksud : Dan bacalah Al-Quran dengan tartil
Saidina Ali Abi Talib r.a., ketika ditanya mengenai makna tartil, beliau menjawab : mentajwidkan huruf dan mengetahui waqaf.
II. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 121 :
الَّذِينَ ءَاتَيْنَهُمُ الْكِتَب يَتْلُونَهُ٫حَقَّ تِلّاوَتِهِﮮ
Yang bermaksud :
Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarbelitkan meksudnya).
b) Dalil daripada al-Hadith.
I. Sabda Rasulullah s.a.w. :
عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّه عَنْهُ قال، قال رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وسلم : إِنَّ اللَّهَ تعالى يُحِبُّ أّنْ يُقْرَأَ القرءانُ غَضًّا كَمَا أُنْزِلَ
Yang bermaksud :
Daripada Zaid bin Thabit r.a. telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai hambanya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan.
( Hadis riwayat Ibn Khuzaimah).
0 comments:
Post a Comment